Iftar Ramadan pengukuh ukhwah UMNO Pasir Puteh - Utusan Malaysia

Iftar Ramadan pengukuh ukhwah UMNO Pasir Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 25 Mei – Majlis Iftar Ramadan dan perasmian berkelompok mesyuarat agung cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Dewan UMNO Uthmaniyah Pulau Lima, di sini hari ini menjadi lembaran baru mengukuhkan semula ukhwan dalam kalangan ahli parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selepas merapatkan saf, usaha seterusnya iaitu mendekati rakyat perlu diteruskan dengan semangat perjuangan yang ikhlas.

Menurutnya, kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini tidak menggambarkan berakhirnya sebuah perjuangan kerana UMNO masih ada penyokong setia.

“Saya amat berterima kasih kepada semua jentera parti yang memberi sokongan padu kepada saya sepanjang tempoh empat tahun berkhidmat di bahagian ini.

” Walaupun Allah SWT tidak mengizinkan kemenangan, apa yang penting segala kebajikan kepada rakyat selama ini moga diperhitungkan sebagai amal jariah yang mendapat keredaan-Nya. Insya Allah… Saya akan meneruskan perjuangan ini,” katanya pada majlis itu, di sini malam ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN