Search, Spider, Hujan meriahkan konsert Aidilfitri - Utusan Malaysia

Search, Spider, Hujan meriahkan konsert Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Tiga kumpulan rock berpengaruh, Search, Spider dan Hujan bakal mengadakan konsert percuma Matrix Aidilfitri Festival 2018 sempena sambutan Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Konsert anjuran Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) itu akan berlangsung pada 30 Jun ini di Bandar Sri Sendayan (BSS), Negeri Sembilan bersempena ulang tahun ke-21 syarikat pemaju hartanah kediaman dan komersil itu dan lima tahun disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurut Pengerusinya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin, festival itu dianjurkan bagi mewujudkan ruang dan peluang untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat selain penghargaan buat residen BSS.

Mohamad Haslah berkata, pihaknya memilih lagenda rock tempatan untuk memeriahkan festival berkenaan memandangkan genre itu mempunyai pengikut yang ramai dengan seleksi lagu-lagunya yang sentiasa malar segar.

“Konsert ini percuma dan kita menyasarkan 10,000 pengunjung akan hadir untuk sama-sama memeriahkan konsert raya Matrix Aidilfitri Festival 2018.

“Pelbagai acara diadakan sepanjang hari sempena festival ini yang bermula pukul 3 petang sempena meraikan Syawal serta aktiviti sukan anjuran X-Park manakala konsert akan bermula pada pukul 8 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sidang akhbar dan berbuka puasa bersama-sama media dan kumpulan rock legenda rock tanaha air itu baru-baru ini. Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Lee Tian Hock.

Sementara itu Amy Search, Tam Spider dan Noh Hujan menjanjikan sebuah persembahan mantap untuk menghiburkan para peminat dengan lagu-lagu popular masing-masing.

“Sudah pasti kami mahu peminat terhibur dan kami akan menyajikan seleksi lagu-lagu popular kami pada persembahan selama 45 minit itu,” kata Tam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN