Jururawat maut kemalangan empat kenderaan - Utusan Malaysia

Jururawat maut kemalangan empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang jururawat wanita maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan tiga buah kenderaan lain di kilometer 8.1 Lebuh Raya Butterworth-Kulim dekat Kubang Semang di sini kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa, Nur Hidayah Mahmud, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan kereta mangsa jenis Perodua Viva dengan dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Nik Ros Azhan berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Kulim menuji ke arah Seberang Jaya di sini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN