Gal Gadot diabadikan sebagai patung lilin - Utusan Malaysia

Gal Gadot diabadikan sebagai patung lilin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Lakonan Gal Gadot menerusi filem Wonder Woman mendapat pujian seluruh dunia. Pelakon dan model yang tampil menawan ini berjaya membawa watak Diana, si Wonder Woman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh kerana lakonannya yang mantap, Madame Tussaud telah mengabadikan wataknya untuk dipamerkan di dalam muzium tersebut. Patung lilin Gadot dalam kostum Wonder Woman ini diletakkan di muzium yang terletak di Orlando, Florida sempena pameran The Justice League: A Call for Heroes.

Melalui akaun Instagram miliknya, Gadot berkongsi rasa bangga menerusi rakaman video patung lilin tersebut.

“Jika anda melihat ke dalam mata saya, ia mungkin akan berkelip. Ia satu penghormatan. Terima kasih Madame Tussauds,” tulisnya di ruang kapsyen.

Selain Gadot, beberapa patung lilin watak superhero lain yang turut diabadikan antaranya Henry Cavill dan Ben Affleck untuk pameran tersebut. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN