Tuntut wang : UMNO perlu ikut proses - Utusan Malaysia

Tuntut wang : UMNO perlu ikut proses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – UMNO perlu mengikut proses seperti yang diperuntukkan undang-undang bagi menuntut semula wang yang dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa sebagai baki sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parti itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan melibatkan wang yang ditemukan tersebut masih lagi berjalan dan perkara itu memerlukan masa.

“Ada cara dan proses untuk membuat tuntutan ini. Kita tidak boleh buat tindakan sebarangan dan perlu ikut saluran undang-undang,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya di Bukit Aman di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta polis memulangkan baki sumbangan kempen dana PRU-14 yang dirampas pihak berkuasa terbabit.

Menurutnya, baki sumbangan kempen dan dana parti itu dirampas oleh pihak polis semasa dalam proses ia dipindahkan kepada kepemimpinan baharu UMNO selepas peletakan jawatan Najib sebagai Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN