Berbuka di puncak Bukit Panau - Utusan Malaysia

Berbuka di puncak Bukit Panau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH 25 Mei – Ahli Kelab Trip Kembara dan Rekreasi (TKR) melakukan ‘kerja gila’ apabila mendaki puncak Bukit Panau, di sini setinggi 720 meter dari aras laut semata-mata mahu berbuka puasa sambil menikmati keindahan waktu senja, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden TKR, Tuan Muhammad Arif Tuan Lah berkata, aktiviti mereka tersebut membuktikan ibadah puasa yang disyariatkan kepada umat Islam tidak menghalang untuk melakukan aktiviti riadah sementara menunggu waktu berbuka.

“Kami mengambil masa selama 40 minit untuk menawan puncak Bukit Panau dan ini merupakan pengalaman baharu buat ahli TKR iaitu mendaki di bulan puasa.

“Walaupun kali pertama, namun saya lihat stamina dan daya tahan ahli TKR cukup kuat sekali. Hasilnya kita berjaya tawan Bukit Panau,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tuan Muhammad Arif memberitahu, sepanjang pendakian itu juga ahli-ahli turut berpeluang menikmati keindahan Bukit Panau yang wajar dimajukan sebagai kawasan pelancongan seperti Bukit Broga.

“Banyak khazanah alam menarik tersimpan dan tidak terhitung nilai masih belum diteroka. Jadi saya berharap kerajaan negeri dapat memberikan perhatian kepada perkara ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN