Langkah baik tubuh kerajaan perpaduan - Utusan Malaysia

Langkah baik tubuh kerajaan perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 25 Mei – Usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri yang mempunyai masalah bagi membentuk kerajaan dilihat sebagai satu langkah yang baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, usaha itu penting supaya sebuah kerajaan negeri dapat dibentuk segera bagi mengelakkan masalah-masalah lain tergendala.

“Kerajaan perpaduan ini sebenarnya dicadangkan oleh kepemimpinan Pas Kedah bagi menyelesaikan masalah di sana. Mereka mempunyai pandangan baik sebenarnya.

“Ini bermakna semua parti boleh berada di dalam kerajaan berkenaan, kalau tidak buat segera, ia hanya menyebabkan masalah lain tergendala. Namun begitu, cadangan itu tidak berbangkit di Kelantan dan Terengganu kerana ia dicadangkan bagi negeri yang belum selesai sahaja, bukan semua negeri kena buat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan tazkirah di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar yang menyarankan agar Pas sepatutnya menubuhkan kerajaan perpaduan di dua negeri yang dikuasai mereka di Kelantan dan Terengganu terlebih dahulu.

Ujar Mahfuz, Pas perlu menunjukkan satu model kerajaan tanpa pembangkang yang boleh dilihat semua orang.

Isu berkenaan timbul apabila ada pihak yang mencetuskan konflik tentang pelantikan speaker sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang boleh menyebabkan sidang DUN berkenaan tergantung akibat tidak mempunyai undi majoriti. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN