Pelan induk pelancongan Islamik untuk tingkat sektor pelancongan - Utusan Malaysia

Pelan induk pelancongan Islamik untuk tingkat sektor pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu pimpinan Pas sedang menyiapkan pelan induk untuk menjadikan Terengganu hab pelancongan berciri Islamik, kata Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ia menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke Terengganu terutama dari Timur Tengah, China dan Barat.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan negeri yang baharu tidak akan melakukan perubahan drastik terhadap apa-apa program pelancongan yang telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu malah ia akan ditambah  baik.

“Sebelum ini ramai pelancong asing termasuk dari Timur Tengah dan negara-negara Barat datang ke negara ini tetapi tidak ramai dari kalangan mereka yang berkunjung ke Terengganu.

“Sedangkan  jika mereka mahu melihat kebudayaan masyarakat Melayu Islam di sini keindahan pantai dan pulau-pulau kita yang menarik, Terengganu sepatutnya menjadi pilihan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para penggiat industri pelancongan negeri di sini malam tadi.

“Ini yang kita akan fokuskan nanti, bagaimana kita nak tonjolkan kapasiti pelancongan yang kita ada dapat alihkan tumpuan mereka ke Terengganu agar sektor pelancongan kita lebih maju sekali gus dapat menjadi penyumbang peningkatan ekonomi negeri dan masyarakat,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN