Ahmad Shabery letak jawatan Ketua UMNO cawangan Gong Chengal - Utusan Malaysia

Ahmad Shabery letak jawatan Ketua UMNO cawangan Gong Chengal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Bekas Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua UMNO cawangan Gong Chengal semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kini jawatan tersebut dipangku Timbalannya, Datuk Mustaffa Ab. Rahman.

Ahmad Shabery yang juga bekas Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu berkata, peletakan jawatan itu adalah bagi memberi peluang golongan muda menerajui UMNO cawangan itu seterusnya membuka ruang kepada mereka menjadi pelapis untuk mengambil alih kepimpinan parti.

“Saya sendiri sebagai ketua cawangan berundur diri dan kita telah membina barisan pelapis untuk mengambil alih.

“Buat sementara waktu timbalan yang akan memimpin tetapi naib timbalan kita beri pada orang muda. Kita nak lihat lebih ramai wajah-wajah muda di peringkat kampung (memimpin parti),” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada Persidangan Agung UMNO Cawangan dan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda Gong Chengal kali ke-28 2018 di sini semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN