SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga kini menangkap tujuh individu kerana kesalahan makan dan minum di tempat awam pada bulan Ramadan dan tujuh lagi disyaki berkhalwat.
![]() |
|
|
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, Mahdi Al-Hilmy Arshad berkata, operasi tangkapan dilakukan bermula hari pertama puasa sehingga Rabu lalu (23 Mei).
“Tangkapan untuk yang tidak berpuasa dilakukan di restoran, pusat snooker dan gerai makan di sekitar Meru, Klang dan Shah Alam sementara tangkapan khalwat dilakukan di hotel serta rumah tumpangan di sekitar Lembah Klang.
“Semua tangkapan dibuat hasil aduan orang ramai dan kita sedang menyiapkan kertas siasatan untuk proses pendakwaan terhadap kesemua individu terbabit yang berusia lingkungan umur 27 ke 30-an,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.
Menurut Mahdi, tangkapan terhadap individu yang tidak berpuasa dibuat mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali. – Bernama












