KUALA LUMPUR – Domino’s Pizza Malaysia melancarkan inisiatif Dana Together-gether bagi menghargai jasa, pengorbanan dan sumbangan wira-wira di sebalik tabir yang memperbaiki kehidupan masyarakat sekeliling.
Pengurus Besar Kanan Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree berkata, dengan setiap pembelian set Kombo Ramadan oleh pelanggan, pihaknya akan menyumbangkan sepotong piza yang kemudiannya akan dihantar kepada wira-wira dan rumah kebajikan terpilih.
“Sejak 17 Mei lalu sehingga 3 Jun ini, dengan pembelian sebarang set kombo Ramadan, khususnya Ssamjeang Buddy Combo atau Ssamjeang Super Combo, sepotong piza akan disumbangkan kepada dana berkenaan.
“Namun sebiji piza bersaiz biasa akan dibentuk dengan enam potong yang terkumpul,” katanya menerusi satu kenyataan di sini baru-baru ini.
Shamsul berkata, pihaknya bukan sahaja menyediakan tawaran menarik kepada pelanggan tetapi turut memberi peluang kepada masyarakat umum untuk bersama-sama Domino’s Pizza Malaysia dalam menghulurkan sumbangan kepada individu-individu terpilih itu, terutamanya pada bulan yang mulia ini.
“Mereka adalah sumber inspirasi dengan bakti yang diberikan sememangnya tidak ternilai,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, syarikat itu berharap menerusi sokongan ramai, sebanyak 3,000 kotak piza dapat dikumpulan dalam tempoh tiga minggu kempen dan kemudiannya diagihkan kepada 10,000 wira-wira di sebalik tabir dan kanak-kanak kurang bernasib baik sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini.
Ssamjeang Buddy Combo yang terdiri daripada sebiji piza Ssamjeang bersaiz biasa, satu set ayam Haseyo, roti pintal bawang putih dan dua tin minuman ringan ditawarkan pada harga RM39.90
Ssamjeang Super Combo yang berharga RM59.90 pula mengandungi dua biji piza bersaiz biasa, satu set ayam Haseyo, Cheesy Mozzarella atau Cheddar Stix dan sebotol minuman ringan 1.5 liter.











