Tidak kawal penggunaan RM3 bilion - Utusan Malaysia

Tidak kawal penggunaan RM3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kha­zanah Nasional Bhd. (Khazanah) menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap penggunaan Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul (RCCPS) RM3 bilion sebaik sahaja ia ditebus.

Dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu dalam satu kenyataan menyebut, menerusi penebusan RCCPS, Khazanah secara sekali gus telah membayar semula modal pemegang saham kepada Kementerian Kewangan (MOF).

Merujuk kepada artikel berjudul Kerajaan Malaysia terdahulu menggunakan wang daripada Khazanah untuk membayar hutang 1MDB – sumber oleh Reuters semalam, Khazanah berkata, sebagai pemegang tunggal RCCPS, MOF mempunyai hak untuk menebus saham itu pada bila-bila masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khazanah juga menyatakan bahawa, pada 7 Mac 2011, pihaknya menerbitkan RCCPS bernilai RM3 bilion kepada MOF.

“RCCPS merupakan suntikan modal, yang mana MOF sebagai pemegang saham 100 pe­ratus dalam Khazanah berhak untuk mengambil atau menebus balik pada bila-bila masa.

“MOF telah menebus balik sebanyak RM1.8 bilion daripada RM3 bilion yang diterbitkan pada 14 Mac 2014 dan menebus semula RM1.199 bilion daripada baki RM1.2 bi­lion RCCPS pada 11 Ogos 2017,” katanya.

Menerusi laporan agensi be­rita Reuters yang memetik dua orang sumber berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa telah menggunakan wang yang dikumpulkan daripada persetujuan dengan Khazanah untuk membayar sebahagian daripada liabiliti yang ditanggung syarikat pembangunan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Sumber berkenaan berkata, Khazanah membayar kerajaan sebanyak RM1.2 bilion pada pertengahan 2017 sebagai pertukaran saham boleh ditebus yang dimiliki MOF.

Sebahagian daripada dana berkenaan digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1MDB kepada International Pet­roleum Investment Company yang dimiliki kerajaan Abu Dhabi.

Ia menambah, 1MDB telah bersetuju untuk membayar AS$1.2 bilion (RM4.7bil) kepada IPIC sebagai sebahagian daripada persetujuan pelunasan yang dicapai pada April 2017 selepas 1MDB gagal membayar bonnya.

Sementara dalam laporan Reuters sebelum ini, kerajaan terdahulu juga menggunakan kira-kira AS$500 juta (RM2 bilion) daripada perjanjian penjualan tanah dengan Bank Negara Malaysia untuk membayar sebahaguan daripada liabiliti 1MDB kepada IPIC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini