UMNO Perlis pecat Azlan serta-merta - Utusan Malaysia

UMNO Perlis pecat Azlan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perlis kini berdepan de­ngan krisis perlembagaan apabila Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang baru mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis semalam dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Barisan Nasio­nal (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemecatan tersebut dilakukan kerana Azlan mengingkari arahan parti apabila mengangkat sum­pah sebagai Menteri Besar tanpa mendapat soko­ngan majo­riti Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) yang lain.

Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO ne­geri menegaskan, pemecatan Azlan telah dimaklumkan kepada Pemang­ku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk tindakan selanjutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Azlan tidak ikut keputusan BN berhubung pelantikan Menteri Besar Perlis yang baharu, maka kami di peringkat negeri sudah sahkan bahawa dia dipecat daripada parti dan dia kini menjadi Menteri Besar Bebas,” katanya pada sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini