Yuran sekolah membebankan - Utusan Malaysia

Yuran sekolah membebankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA bekerja sebagai kakitangan kerajaan sementara suami bekerja sebagai pengawal di sebuah sekolah rendah dengan jumlah pendapatan isi rumah kami sekitar RM5,000 sebulan.

Bagaimanapun, kami sekeluarga terpaksa hidup mengikat perut setiap bulan disebabkan lima daripada enam anak saya kini sudah bersekolah dan kami berdepan banyak bayaran yuran membebankan.

Anak-anak saya bersekolah di tiga sekolah berbeza dengan jumlah keseluruhan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebanyak RM350 selain yuran asrama, yuran makan dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas ditolak pinjaman kereta dan lain-lain perbelanjaan wajib, jumlah yang tinggal untuk lapan ahli keluarga tidak mencukupi.

Saya harap pihak berwajib khususnya pentadbiran sekolah mengambil kira juga jumlah tanggungan dalam sebuah keluarga sebelum menetapkan kadar semua yuran berkaitan.

IKAT PERUT

Bera, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini