Kembalikan perkhidmatan ekspres antara bandar - Utusan Malaysia

Kembalikan perkhidmatan ekspres antara bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA memohon Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Kementerian Pengangkutan menghidupkan kembali perkhidmatan kereta api ekspres antara bandar seperti Ekspres Rakyat, Ekspres Wau dan Senandung Malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebenarnya semua perkhidmatan ini masih lagi diperlukan dan dirindui penumpang. Sistem yang digunapakai KTMB sekarang seperti tidak relevan dan banyak menyukarkan peng­guna apabila penumpang terpaksa transit di stesen tertentu untuk sampai ke destinasi mereka.

Saya mohon KTMB dan Kementerian Pengangkutan dapat merealisasikan penyambungan per­khidmatan ini. Kasihan saya melihat penumpang kurang upaya, uzur, berusia mahupun berkeluarga besar terpaksa transit di beberapa stesen untuk ke destinasi akhir.

Memandangkan hari lebaran semakin hampir, saya dan seluruh bakal penumpang juga menaruh harapan tinggi sekurang-kurangnya Ekspres Wau (Kuala Lumpur-Tumpat-Kuala Lumpur) dapat beroperasi kembali dengann kadar tambang yang sama seperti dahulu.

Kami sebagai penumpang bukannya mahukan perkhidmatan Eastern Holiday atau tren sewa khas Lambaian Aidilfitri.

ZUL KTMC

Pasir Mas, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN