Peperiksaan akhir semester: Ulang kaji atau tarawih? - Utusan Malaysia

Peperiksaan akhir semester: Ulang kaji atau tarawih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMADAN sudah tiba. Peperiksaan akhir juga semakin hampir. Sudahkah mahasiswa bersedia menghadapi kedua-duanya?

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambutlah kedatangan Ramadan dengan sepenuh hati dan mempersiapkan diri dengan baik dan ikhlas, sebagaimana menyahut panggilan Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang mana Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa”.

Seperti semester lepas, mahasiswa sekali lagi akan menghadapi periksaan akhir semester II sesi akademik 2017/2018 dalam bulan Ramadan. Situasi ini mungkin menjadi satu perkara yang memberi cabaran kepada setiap pelajar kerana bimbang sukar untuk membahagikan masa sama ada untuk mengulang kaji pelajaran atau mengerjakan amalan-amalan sunat dalam Ramadan terutama solat sunat tarawih.

Sebenarnya perancangan Allah ini sangat indah yang mana Allah meletakkan kita semua di atas sebaik-baik jalan dan ibadah kerana Allah menguji dengan dua perkara iaitu peperiksaan akhir dan berpuasa dalam Ramadan. Kita sedia maklum Ramadan merupakan bulan mulia yang membawa barakah, untuk kita munasabah, melihat kembali siapa diri kita terhadap amal yang sebelumnya, bulan untuk meminta maghfirah dariNya, menyucikan dan membaiki diri dari segala dosa.

Tidak menjadi masalah untuk setiap pelajar melakukan ibadah sunat tarawih yang hanya mengambil masa beberapa jam pada malam hari yang ganjarannya amat besar di sisi Yang Maha Esa. Allah tidak pernah membebani hambaNya dengan mewajibkan 20 rakaat solat tarawih tetapi lakukanlah apa yang terdaya.

NURLIANA MAZLAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN