Kuala Lumpur hilang dua pemain tengah - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur hilang dua pemain tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JURULATIH Kuala Lumpur, Fabio Silva tetap memberikan sepenuh kepercayaan kepada pemain sedia ada bagi menggantikan pemain tengah, Paulo Jouse dan Zhafri Yahya yang digantung perlawanan ketika mereka perlu berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Josue dan Zhafi digantung satu perlawanan selepas mereka mengumpul kad kuning ketiga ketika skuad Warga Kota melakukan kebangkitan menewaskan Kelantan 5-1 di Cheras Selasa lalu.

Silva belum memutuskan individu yang bakal menggantikan dua posisi tersebut kerana masih memberikan peluang kepada semua pemain untuk melakukan yang terbaik dalam sesi latihan terakhir mereka menjelang pertemuan dengan skuad kendalian Dollah Salleh itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemain perlu diberikan masa secukupnya terlebih dahulu sebelum menjalani latihan kerana mereka masih dalam keletihan berikutan mempunyai waktu rehat yang singkat.

“Dalam sesi latihan terakhir saya akan membuat pemilihan terhadap pemain yang benar-benar pulih sepenuhnya serta sesuai untuk diturunkan dalam pertembungan yang pen­ting ini.

“Pasukan enggan terburu-buru untuk terus menyasarkan mana-mana pemain yang bakal diturunkan kerana saya perlu faham situasi pemain yang terpaksa berdepan dua perlawanan dalam satu minggu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Silva mengharapkan pemainnya dapat meneruskan rentak serta momentum seperti yang ditunjukkan ketika berdepan skuad kendalian Fajer Ibrahim Selasa lalu.

“Saya percaya kepada pasukan walaupun kami terpaksa menurunkan pemain yang berbeza namun mereka tetap mempunyai misi yang sama buat skuad.

“Pemain faham tanggungjawab serta tugas mereka setelah diberikan kepercayaan untuk diturunkan pada setiap perlawanan.

“Saya berharap semua pemain dapat mengikuti segala arahan dan taktikal yang direncana supaya setiap asakan akan membuahkan hasil serta kami tidak tercicir sebarang mata ketika bertandang ke tempat lawan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini