Adly sedia terajui MUSA - Utusan Malaysia

Adly sedia terajui MUSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA Menteri, Adly Zahari sedia menerajui Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) sebagai presiden selepas dilantik sebagai Ketua Menteri ke-11 baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada rombakan lain dalam pengurusan persatuan berkenaan dan pihaknya masih menggunakan konsep yang sama dalam pengurusan kerajaan negeri di samping akan menilai dan mengharapkan pengurusan sedia ada meneruskan tanggungjawab.

“Saya rasa akan ambil tanggungjawab ini dan kita akan berbincang di peringkat pengurusan untuk melihat di mana potensi-potensi kita bagi meningkatkan lagi prestasi pasukan dalam Liga Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama kita akan membuat penilaian sama ada dari segi pasukan atau pengurusan. Saya belum lagi hadir mesyuarat tetapi yakin kita akan bekerjasama demi kebaikan bola sepak negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan perlawanan di Liga Super, Melaka United bertemu kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) di Stadium Hang Jebat kelmarin.

Dalam pada itu, Adly turut menyuarakan keyakinannya terhadap skuad Sang Kancil itu untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini dengan kemampuan dan keupayaan pengurusan MUSA sedia ada selain sokongan padu daripada penyokong Melaka.

“Dari segi bajet memang kita akan berusaha untuk mencari banyak penajaan untuk pasukan ini dan saya yakin potensi Melaka United bergantung kepada bajet yang kita usahakan.

“Namun sekiranya mahu melangkah lebih jauh memang kita kena berusaha untuk mendapatkan bajet lebih baik. Saya akan menggunakan sepenuh kemampuan untuk menyokong usaha ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini