City nekad sambar khidmat Mahrez - Utusan Malaysia

City nekad sambar khidmat Mahrez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Manchester City dijangka akan melengkapkan perpindahan Riyad Mahrez dalam tempoh terdekat selepas pengurusnya, Pep Guardiola menghidupkan kembali minatnya terhadap pemain sayap Leicester City itu.

MAHREZ kembali menjadi buruan Guardiola selepas Hazard dilaporkan
MAHREZ kembali menjadi buruan Guardiola selepas Hazard dilaporkan hanya berminat untuk menyertai Real.

Januari lalu, bintang Algeria tersebut hampir menyertai City apabila Mahrez menyerahkan surat perpindahan sebagai usaha untuk memaksa Leicester bersetuju membenarkannya berhijrah ke Etihad.

Bagaimanapun, hajat Mahrez tidak kesampaian apabila The Foxes menuntut yuran perpindahan sebanyak £90 juta (RM477 juta) sebagai syarat utama untuk meninggalkan Leicester.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuntutan tinggi Leicester itu menyaksikan City terpaksa meninggalkan Mahrez apabila mahu membayar dengan nilai £55 juta (RM291 juta) sahaja.

Hasrat Mahrez untuk berpindah ke juara Liga Perdana England tersebut terus kabur sebaik Guardiola kembali memberikan tumpuan kepada pemain tengah Chelsea, Eden Hazard.

Namun, Hazard dilaporkan hanya berminat untuk menyertai Real Madrid sekali gus City terpaksa membuat pusingan U dengan kembali memberikan tumpuan kepada Mahrez.

Guardiola kini terdesak untuk memperkuatkan skuad kendaliannya dalam misi mempertahankan kejuaraan liga selain mahu memberikan saingan kepada Leroy Sane dan Raheem Sterling di jentera serangan The Citizens. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini