BANGKOK 24 Mei – Walaupun mempamer aksi kurang meyakinan ketika Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark dalam aksi Kumpulan D malam tadi, namun Iskandar Zulkarnain Zainuddin tetap mendapat kepercayaan untuk beraksi menentang Indonesia pada suku akhir Piala Thomas malam ini.
Iskandar yang menyambut ulang tahun ke-27 hari ini, tewas 21-16, 17-21, 14-21 kepada Jan O Jorgensen menyebabkan Malaysia sekadar muncul naib juara kumpulan dan menerima undian getir di suku akhir.
Dia bakal diturunkan sebagai perseorangan ketiga sekali lagi dan akan menentang Ihsan Maulana Mustofa, manakala Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran bersama Lee Zii Jia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta Aaron Chiah-Teo Ee Yi.
Indonesia merehatkan juara dunia dua kali, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan, sebaliknya membariskan pasangan muda, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk bertemu Aaron Chiah-Teo Ee Yi sebagai beregu kedua.
Malaysia dan Indonesia bertemu 14 di pentas Piala Thomas, dan tewas lima daripada perlawanan tersebut. – UTUSAN ONLINE
BARISAN MALAYSIA-INDONESIA
Perseorangan pertama
LEE CHONG WEI lwn Anthony Grinting
Beregu pertama
GOH V SHEM-TAN WEE KIONG lwn Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sukamuljo
Perseorangan kedua
LEE ZII JIA lwn Jonatan Christie
Beregu kedua
AARON CHIAH-TEO EE YI lwn Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto
Perseorangan ketiga
ISKANDAR ZULKARNAIN ZAINUDDIN lwn Ihsan Maulana Mustofa











