Logo 1Malaysia tidak digunakan lagi di Johor - Utusan Malaysia

Logo 1Malaysia tidak digunakan lagi di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 24 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengikut jejak langkah kerajaan Persekutuan untuk tidak lagi menggunakan logo 1Malaysia di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian menegaskan, logo berkenaan yang diperkenalkan kerajaan terdahulu tidak boleh lagi digunakan di bangunan, baju korporat, sijil dan apa sahaja yang menampakkan simbol itu di peringkat negeri.

“Langkah ini perlu diimplementasikan di peringkat negeri. Dengan adanya Harapan Johor (slogan baharu yang diperkenalkan kerajaan PH Johor) diharap akan membawa ideologi baharu kepada kita semua.

“Transformasi kita juga bersandarkan pelan di mana ianya dibuat dengan perancangan teliti dan bukan sambil lewa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Menteri Besar Johor Bersama Pegawai Tadbir Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk A. Rahim Nin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN