Siti Nurhaliza cadang bina pusat sehenti artis - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza cadang bina pusat sehenti artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap agar setiap permasalahan yang dilalui golongan anak seni dapat didengari dan terjamin dengan mencadangkan penubuhan sebuah bangunan atau pusat sehenti.

Siti, 38, menyuarakan harapan itu selepas kemenangan parti Pakatan Harapan diketuai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

“Sebagai sebahagian daripada industri, saya juga mahukan perkembangan yang baik untuk anak seni terutama dari segi kebajikan. Selain mencadangkan akta yang berkaitan, saya juga berharap kerajaan dapat membuka sebuah pusat sebagai tempat kami mendapatkan sebarang perkhidmatan atau menyuarakan masalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam masa sama, saya memandang cadangan penubuhan pusat ini sebahagian daripada bantuan yang sangat besar kepada anak seni memandangkan rata-rata daripada kami semuanya bekerja sendiri. Sebab itu kami memerlukan sebuah badan atau pusat sehenti untuk memantau dan membantu dari pelbagai aspek,” ujarnya yang ditemui ketika majlis pelancaran program Skuad Selebriti Shopee di Hotel Grand Hyatt di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, kata pelantun lagu Jaga Dia Untukku itu lagi, pusat berkenaan hendaklah dipegang oleh orang industri dan sama sekali tiada kepentingan politik dengan mana-mana pihak.

Dalam masa sama, beliau menolak andai diberi tawaran memegang jawatan dalam mana-mana badan.

“Kalau mahu minta sebarang idea atau pendapat daripada saya, itu tiada masalah. Pendek kata, kalau sekadar jadi penasihat, saya tiada masalah. Cuma untuk terikat dengan mana-mana jawatan, saya rasa tidak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN