BANGKOK 23 Mei – Walaupun membuat penampilan sulung Piala Thomas, Lee Zii Jia mempamer aksi meyakinkan ketika menewaskan Hans-Kristian Vittinghus untuk membolehkan Malaysia mendahului Denmark 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D, sebentar tadi.
PEMAIN negara, Lee Zii Jia menewaskan Pemain Denmark, Vittinghus Hans-Kristian Solberg pada Total BWF Piala Thomas & Uber 2018 di Impact Arena, Bangkok Thailand di sini hari ini. – UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
Zii Jia, 20, berjaya bangkit daripada ketinggalan dalam kedua-dua set untuk mengetepikan cabaran sengit pemain No. 25 dunia, Vittinghus untuk menang 21-18, 21-18.
Memuatkan artikel berkaitan…
Cabaran Malaysia kini akan diteruskan beregu muda yang turut membuat penampilan sulung dalam Piala Thomas, Aaron Chia-Teo We Yi Dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin. – UTUSAN ONLINE











