Perlawanan PKNP dan Selangor batal - Utusan Malaysia

Perlawanan PKNP dan Selangor batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN 23 Mei – Perlawanan bola sepak Liga Super antara PKNP FC dan Selangor di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini malam ini terpaksa dibatalkan akibat masalah lampu limpah.

Komisioner Perlawanan Baharim Jusoh berkata, perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 10 malam dibatalkan kerana kerosakan pada janakuasa bermula pukul 8.45 malam.

Menurutnya, pihak juruteknik stadium telah cuba mengatasi masalah itu namun dipercayai mengambil masa sehingga sebulan untuk dibaik pulih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada awal sesi memanas badan lampu limpah berkeadaan baik namun mula merosot pada pukul 8.45 malam sehingga perlawanan tidak dapat dimulakan pada pukul 10 malam.

“Kita masih menunggu kata putus daripada Malaysia Football League yang akan menetapkan tarikh baharu perlawanan,” katanya kepada pemberita, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN