Pelajar USIM maut digilis bas - Utusan Malaysia

Pelajar USIM maut digilis bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 23 Mei – Seorang pelajar perempuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) maut akibat digilis bas, manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan kenderaan itu di Jalan USIM dekat Dewan Tuanku Canselor di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, Wamasaria Layai, 22, yang membonceng motosikal meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala manakala penunggang kenderaan itu, Nurul Fariza Natasha Sapuan, 22, cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik negeri, Superintenden Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mereka di kawasan kampus itu bergesel dengan sebuah bas menyebabkan mereka terjatuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembonceng terjatuh dan terperosok di bawah bas menyebabkan dia digilis tayar kenderaan tersebut. Rakan mangsa pula hanya cedera ringan pada badan,” katanya di sini.

Mayat mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga Fakulti Sains Teknologi dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban di sini untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN