Trump minta tangguh kes seksual - Utusan Malaysia

Trump minta tangguh kes seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 22 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meminta Mahkamah Tinggi New York supaya menangguhkan tuntutan saman fitnah ke atasnya oleh seorang bekas peserta program realiti ‘ The Apprentice’, Summer Zervos yang mendakwa menjadi mangsa perlakuan seksual.

Dalam satu kenyataan, Trump memberitahu Mahkamah Rayuan Negeri bahawa tuntutan wanita itu perlu ditangguhkan kerana presiden AS tidak boleh disaman kerana sedang berkhidmat di White House.

Bagaimanapun, peguam Zervous tidak memberikan maklumbalas mengenai tuntutan Trump itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Trump telah menafikan tuduhan Zervous dan mencabar keputusan Hakim Mahkamah Agung Negeri Manhattan, Jennifer Schecter pada 20 Mac lalu yang menolak tuntutannya dan membolehkan kes itu diteruskan.

“ Tiada sesiapa boleh melebihi undang-undang,” katanya Schecter- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN