Pemilihan UMNO: Semua jawatan dipertandingkan - Utusan Malaysia

Pemilihan UMNO: Semua jawatan dipertandingkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua jawatan tertinggi dalam UMNO termasuk Presiden dan Timbalan Presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan untuk membuka semua jawatan dalam parti untuk dipertandingkan dicapai selepas Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Semua jawatan yang ada adalah terbuka dan bebas dipertandingkan termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden serta ketua pergerakan sayap… bebas ditandingi mengikut kelayakan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi tidak timbul soal tidak ada pertandingan dalam UMNO,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat secara berlapang dada demi memastikan UMNO dapat dipulihkan terutamanya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti berkenaan.
 
“Saya dan Hisham (Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) berlapang dada dan terbuka mahu jawatan ini ditandingi,” kata beliau.

Beliau berkata, mana-mana  calon yang berminat hanya perlu mengisi borang secara dalam talian dan layak bertanding sama ada di peringkat cawangan mahupun bahagian.

Katanya, pemilihan di peringkat cawangan diadakan dari 19 Mei hingga 10 Jun, pemilihan ketua sayap  pada 23 Jun, manakala pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Jun. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN