Najib tarik balik saman terhadap Rafizi - Utusan Malaysia

Najib tarik balik saman terhadap Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu penghapusan subsidi dan tuduhan fitnah cincin milik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

RAFIZI RAMLI
RAFIZI RAMLI

Penarikan balik saman itu disahkan oleh Rafizi yang memuat naik komen mengenai perkara tersebut di laman Twitter, hari ini.

“Peguam saya, Razlan Hadri baru telefon memaklumkan DS @NajibRazak dan DS Rosmah Mansor telah menarik balik saman terhadap saya berkenaan isu penghapusan subsidi, cincin dan lain-lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kes yang sebelum ini banyak menuduh saya kononnya berkata ‘saya bergurau saja’,” katanya dalam laman Twitter miliknya hari ini.

Saman terhadap Rafizi difailkan pada 16 Mac 2015 oleh Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, peguam mewakili Najib dan Rosmah.

Dalam pernyataan tuntutan, bekas Perdana Menteri dan isterinya berkata, Rafizi mengucapkan kata-kata fitnah berkaitan kenaikan harga bahan api dan cincin permata merah jambu dalam forum di Bandar Tun Razak pada 22 November 2014. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN