Warga emas maut terkena renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Warga emas maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT – Seorang wanita warga emas maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Nukahan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Norkiah Majid, 76, meninggal dunia di lokasi kejadian ketika dikatakan cuba mengalihkan kabel elektrik yang terputus di ladang sawitnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata, seramai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort telah dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di sana, kami dapati mangsa telah meninggal dunia berhampiran pokok kelapa sawit disyaki terkena renjatan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak bomba seterusnya menyerahkan mangsa kepada keluarga untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN