Presiden Star dipanggil SPRM dakwaan dibayar RM20 juta - Utusan Malaysia

Presiden Star dipanggil SPRM dakwaan dibayar RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau menerima sejumlah wang sebanyak RM20 juta selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Jeffrey yang kini berusia 69 tahun berkata, dakwaan tidak berasas tersebut dikatakan tular dalam laman sosial Facebook kira-kira sehari selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Wang tunai sebanyak RM20 juta itu dipercayai diberikan kepada Jeffrey sebagai tanda persetujuannya ‘lompat’ dari Star untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini saya tidak dapat mengenalpasti individu atau pihak yang membuat laporan mengenai dakwaan (terima RM20 juta) berkenaan.

“Saya terkejut apabila pihak SPRM datang mengeledah kediaman dan pejabat saya di Keningau termasuk di Kota Kinabalu antara pukul 4 hingga 5 pagi semalam untuk mencari dokumen berkaitan,” katanya pada sidang akhbar selepas dua jam memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN