Penyiasat Australia pertahan MH370 hilang akibat luar kawalan - Utusan Malaysia

Penyiasat Australia pertahan MH370 hilang akibat luar kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 22 Mei – Penyiasat Australia mempertahankan penemuan kehilangan pesawat MH370 akibat luar kawalan sehingga menjunam ke dalam laut meskipun timbul teori baharu yang mengatakan juruterbang melakukan pendaratan cemas di permukaan laut.

Boeing 777 yang hilang pada Mac 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang masih tidak ditemui walaupun pencarian diketuai oleh Australia di selatan Lautan Hindi dan diteruskan oleh Malaysia.

Kegagalan untuk menemukan pesawat itu telah menyebabkan pelbagai teori berbeza daripada penemuan akhir Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai pencarian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Teori baru yang mendakwa juruterbang pesawat itu melakukan pendaratan cemas di permukaan laut dinyatakan dalam sebuah buku oleh pakar kemalangan udara dunia, Larry Vance yang dilancarkan pada minggu ini

Vance turut menegaskan terdapat kegagalan dalam siasatan yang diketuai ATSB yang dipercayainya menjurus kepada penemuan salah tentang senario akhir pesawat itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknikal ATSB, Peter Foley yang mengetahui pencarian MH370, mempertahankan penemuan akhirnya dengan mengatakan pegawai penyiasat telah meneliti nasihat pakar dan analisis.

“ Saya dengan yakin telah menimbangkan setiap bukti yang ada pada ketika itu ,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN