MCCF nafi artikel berniat jahat - Utusan Malaysia

MCCF nafi artikel berniat jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), menafikan pihaknya meminta kerajaan mengekalkan kestabilan sosio politik dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat kerana kerapuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Pengerusinya, Halim Ishak berkata, penulis artikel bernama Zamzuri Mohamed Tahir itu sengaja memutarbelitkan kenyataan yang mungkin berniat jahat untuk memburukkan MCCF.

“Kenyataan penulis seakan-akan melagakan MCCF dengan kerajaan sedangkan kenyataan kami hanya menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kejayaan dan berharap negara ini akan lebih ke hadapan di bawah tampuk pentadbiran baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang ditulis dalam artikel sama sekali tidak tepat dengan apa yang MCCF maksudkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN