APMM rampas lebih 20 ikan yu dari bot nelayan Vietnam - Utusan Malaysia

APMM rampas lebih 20 ikan yu dari bot nelayan Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas lebih 20 ekor ikan yu yang dipercayai ditangkap nelayan asing Vietnam kira-kira 120 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman, hari ini.

Ketua Zon Maritim Kemaman, Lt. Kdr. Maritim Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata, ikan yu tersebut dibawa sebuah bot Vietnam terbabit, yang bergerak bersama-sama tiga lagi bot nelayan asing berkenaan, dan ditahan antara 7 pagi dan 1.20 petang tadi.

“Kita jarang tangkap bot yang membawa ikan hidup seperti ini, dan ini adalah tangkapan pertama dilakukan Maritim Kemaman. Dalam bot tersebut, ikan-ikan yu yang masih hidup diletakkan dalam tong menggunakan oksigen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ikan hidup yang terdiri daripada pelbagai spesis jerung, yu dan yu berbintik ini amat terkenal di negara jiran (Thailand), ditangkap dan dijual hidup-hidup kepada orang tengah negara bersempadan dengan negara kita,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Maritim Kemaman di sini hari ini.

Mohamad Rezal berkata, permintaan yang tinggi terhadap ikan yu hidup di pasaran negara jiran boleh mencecah sehingga RM1,300 sekilogram, dan ia antara faktor ikan berkenaan diburu nelayan asing. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN