Dipenjara lima tahun kerana seludup tiga orang PATI - Utusan Malaysia

Dipenjara lima tahun kerana seludup tiga orang PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache turut mengarahkan hukuman terhadap Nik Haniff Nik Hasain, 34, itu berjalan bermula dari tarikh 2 April lalu.

Ahmad dalam keputusannya berkata, mahkamah mengambil kira hujahan kedua-dua dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dari tarikh 2 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hukuman ini berjalan serentak dengan hukuman 17 bulan penjara mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam) membabitkan kesalahan berkaitan yang dijatuhkan pada tarikh 2 April itu,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Ahmad sempat memberi amaran kepada Nik Haniff agar tidak mengulangi kesalahan serupa di masa akan datang.

“Kamu dengar, mahkamah sudah ambil kira semua, bagi kesalahan ini paling minima ialah hukuman penjara tujuh tahun enam bulan. Mahkamah bagi lagi bonus kepada kamu.

“Kamu kena bersyukur jangan buat lagi kesalahan ini, jika buat lagi keluarga kamu susah dan empat anak kamu akan menerima kesan,” katanya.

Nik Haniff didakwa bersama seorang lagi yang telah dituduh telah melakukan penyeludupan tiga orang migran iaitu Hanim Thim; Ken Tun dan Yeizaw yang masing-masing tidak memiliki pasport. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN