Hanya tiga orang menteri dengar cakap kami - Mohd. Shukri Abdull - Utusan Malaysia

Hanya tiga orang menteri dengar cakap kami – Mohd. Shukri Abdull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mei – Hanya tiga orang menteri yang berani tampil bersuara agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan selepas namanya dibabitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, mereka ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Mohd. Husni Hanadzlah.

Mohd. Shukri mendedahkan beliau bersama bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah bertemu menteri-menteri Kabinet dan dua kali dengan Majlis Raja-raja Melayu untuk menyakinkan merela supaya Najib digantikan oleh Muhyiddin atau Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau dan Abu Kassim akhirnya mengambil keputusan untuk berpecah bagi menyakinkan menteri-menteri Kabinet.

“Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain, dengan Zahid ke, Hishammudidn ke sebab jumlahnya terlalu besar RM2.6 bilion.

“Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau secara sinis berkata, apabila sudah tidak menjadi menteri, ada yang telefonnya dan berkata ‘kalau saya dengar cakap kamu dulu pasti tidak akan jadi macam ini’ (Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14).

Mohd Shukri berkata, selepas usaha meyakinkan menteri tidak berjaya, beliau dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-raja.

“Kami jumpa Majlis Raja-raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN