Gunung Merapi di Indonesia meletus - Utusan Malaysia

Gunung Merapi di Indonesia meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi mengeluarkan abu dan asap setinggi 3,500 meter pada awal pagi ini, memaksa penduduk berhampiran dipindahkan, lapor agensi berita Xinhua.

Susulan itu, agensi volkanologi menaikkan tahap amaran daripada paling rendah ke tahap kedua tertinggi, kata jurucakap agensi itu Sutopo Purwo Nugroho.

“Semua aktiviti pendakian kecuali untuk tujuan penyelidikan, dalam radius tiga kilometer dari kawah adalah tidak dibenarkan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gunung berapi yang terletak di Pulau Jawa itu meletus empat kali sejak Isnin dan terbaharu pada pukul 1.47 pagi, menyebabkan daerah Sleman dan Klaten diselubungi abu.

”Ramai penduduk telah dipindahkan dan jumlahnya meningkat,” kata Sutopo.

Kira-kira 660 penduduk telah ditempatkan di kawasan lebih selamat.

Terletak 28 kilometer di utara kota Yogyakarta dengan penduduk seramai 2.4 juta, gunung berapi itu sering meletus sejak tahun 1948.

Pada November 1994, letusan besar berlaku menyebabkan 27 orang terkorban.

Kali terakhir letusan besar berlaku ialah pada tahun 2006. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN