Sebuah kilang di Gebeng aktif curi air sejak Januari - Utusan Malaysia

Sebuah kilang di Gebeng aktif curi air sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lepas didapati aktif mencuri air di kawasan itu sejak Januari tahun ini.

Menurut Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna (Bahagian Pengurusan Korporat) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Mohd Fazil Ismail berkata setelah menerima aduan pada bulan Mac pihaknya telah memotong bekalan  tersebut pada 16 Mei lepas.

“Serbuan pertama dibuat pada 14 Mac dan kami diarahkan untuk memberhentikan serbuan kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang sudah hampir, tetapi sehingga petang semalam kami dimaklumkan aktiviti (pencurian air) ini masih berjalan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nilai anggaran kerugian juga melebihi RM500,000 dengan kegunaan air sebanyak 327,000 meter padu sejak Januari hingga Mac,” katanya kepada pemberita selepas lawatan media ke tapak kilang berkenaan di Gebeng di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. 

Menurutnya, mereka juga tidak mengikut spesifikasi pemasangan paip yang perlu dipatuhi iaitu  paip  berukuran 600 milimeter (mm), di mana mereka membuat penyambungan dua paip berukuran 300 mm terus kepada ‘injap’ untuk aktiviti mereka. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN