APMM Tawau rampas 1,068 karton rokok seludup - Utusan Malaysia

APMM Tawau rampas 1,068 karton rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Maritim Malaysia (APMM) Tawau menumpaskan cubaan sindiket penyeludupan 1,086 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM44,820 dalam satu operasi di perairan Kampung Titingan di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.12 malam tersebut, pasukan APMM telah menahan sebuat bot laju yang dipercayai menyeludup masuk karton rokok terbabit dari Sungai Nyamuk, Indonesia ke perairan daerah ini.

Ketua Maritim Zon Tawau, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata, bot laju yang dinaiki dua suspek lelaki itu ditahan kira-kira lima batu nautika dari kawasan perairan Kampung Titingan dekat sini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, tekong dan kru bot laju tersebut bertindak melarikan diri dengan terjun ke dalam laut selepas menghidu kehadiran pasukan bot ronda maritim kira-kira lima batu nautika dari kawasan perkampungan. 

“Hasil pemeriksaan awal, ke atas bot laju itu kami menemui sejumlah karton rokok pelbagai jenama yang disyaki untuk dijual dalam pasaran tempatan khususnya di daerah Tawau,” katanya pada sidang akhbar di pejabat APMM Tawau di sini hari ini.

Selain karton rokon, pihak APMM Tawau turut merampas bot laju dan enjin sangkut bernilai RM104, 820 untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN