KKMM akan tubuh pasukan kaji Akta Antiberita Tidak Benar - Utusan Malaysia

KKMM akan tubuh pasukan kaji Akta Antiberita Tidak Benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menubuhkan sebuah pasukan pakar undang-undang untuk mengkaji sama ada Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan April lepas patut dimansuhkan atau dipinda, kata menterinya yang baharu, Gobind Singh Deo.

Gobind berkata, beliau dan pasukan itu akan mengkaji semua perkara berkaitan Akta Antiberita Tidak Benar sebelum mengemukakan satu cadangan kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada mesyuarat Kabinet esok.

“Saya fikir ramai orang hendak tahu apa itu berita tidak benar, siapa yang boleh menentukannya?  Saya sering menegaskan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar telah dibawa ke Parlimen untuk kelulusan secara tergesa-gesa, tidak difikirkan dengan semasak-masaknya. Kesannya, undang-undang tersebut membawa pengertian yang amat luas dan boleh disalah guna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itulah sebabnya kenapa kita perlu mengkajinya,” kata Ahli Parlimen Puchong itu, yang memulakan hari pertamanya bertugas di kementerian pada 8.15 pagi ini.

Gobind yang memakai kot dan bertali leher belang merah, tiba dengan kenderaan rasminya. Beliau diambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan para pegawai.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Datuk Zulkefli Salleh. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini