‘Saya bertindak sendirian’ - KP SPRM - Utusan Malaysia

‘Saya bertindak sendirian’ – KP SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mei – Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull menjelaskan bahawa beliau telah bertindak secara bersendirian bagi menjelaskan isu membabitkan SRC International Sdn. Bhd kepada rakyat menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, beliau telah diminta oleh Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohammad Zin untuk mendedahkan skandal berkenaan secara terbuka.

Menurutnya, sebaliknya beliau mengambil langkah menjelaskan isu tersebut menerusi pendekatan lebih selamat bagi mengelakkan wujudnya konflik yang boleh menjejaskan keselamatannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, perjuangan saya berjaya dan rakyat menerima penjelasan tersebut dengan positif.

“Saya anggap kejayaan ini akhirnya berhasil apabila lahirnya Malaysia baharu pada hari ini,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya di sini hari ini.

Berhubung dakwaan wang derma RM2.6 bilion, Mohd. Shukri berkata, tiada dokumen bagi membuktikan dana berkenaan untuk tujuan derma.

Beliau mendedahkan, pertemuan antara SPRM dan seorang Putera Arab yang kononnya memberikan derma itu telah diatur oleh pihak tertentu.

“Sehingga kini tiada bukti kukuh yang menunjukkan sumbangan itu untuk tujuan derma,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini