Chong Wei harap rakan-rakan turut cemerlang - Utusan Malaysia

Chong Wei harap rakan-rakan turut cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 21 Mei – Datuk Lee Chong Wei memberi permulaan baik buat Malaysia dalam kempen Piala Thomas apabila mudah menewaskan wakil dari Rusia, Vladimir Malkov 21-9, 21-6 dalam acara perseorangan pertama di Arena Impact di sini, sebentar tadi.

Bekas pemain No. 1 dunia itu berharap, kemenangannya dapat diteruskan oleh empat lagi wakil negara yang bakal turun beraksi iaitu Goh V Shem-Tan Wee King, Lee Zii Jia, Aaron Chia-Teo Ee Yi dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Kemenangan besar 5-0 amat penting untuk meningkatkan keyakinan pemain sebelum berdepan cabaran lebih sukar menentang Denmark.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aksi hari ini seperti pemanas badan buat saya, dan saya gembira dapat memberikan permainan terbaik,” kata Chong Wei sejurus selepas mencatat Kemenangan di Arena Impact di sini, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN