Mahkamah tolak permohonan bekas suami Serina - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak permohonan bekas suami Serina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 21 Mei – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan bekas suami Serina Redzuawan, Gavin Edward O’Luanaigh untuk mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap selebriti itu kerana melanggar perintah persetujuan bersama.

Hakim Syarie, Salehan Yatim membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan dan afidavit yang dibuat oleh Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, 41, yang difailkan pada 17 April lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan alasan-alasan keputusan itu dan mengarahkan Gavin memfailkan semula permohonan sama di mahkamah terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, peguam Gavin, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya menerima keputusan berkenaan dan akan meneliti alasan penolakan permohonan itu.

“Saya belum mengetahui alasan-alasan itu tetapi saya akan membuat permohonan semula mengenainya,” katanya.

Tindakan Serina Redzuawan yang didakwa membenarkan anak-anaknya bermalam dengan bapanya yang juga tukang masak terkenal, Chef Wan menyebabkan Gavin membuat permohonan itu.

Gavin selaku pihak pemohon melalui peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar telah memohon kebenaran secara ex-parte (sebe­lah pihak) agar satu notis tunjuk sebab dikeluarkan terhadap wanita terbabit berdasarkan peruntukkan Seksyen 151 (1)(a)(aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 atas perbuatan bekas isterinya itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini