Kontroversi jawatan Ketua Menteri - Utusan Malaysia

Kontroversi jawatan Ketua Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Kemelut politik di Sabah memasuki episod baharu selepas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan mengenai laporan terbabit namun beliau enggan mengulas lanjut.

“Benar, kami menerima laporan berhubung perkara ini tetapi maaf setakat ini tiada sebarang kenyataan akan diberikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dipercayai, laporan polis tersebut adalah susulan daripada tindakan Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah pada Khamis lalu yang memfailkan writ saman untuk mengekalkan jawatan Ketua Menteri disandangnya di Istana Negeri di sini pada 10 Mei lalu.

Perintah saman itu turut menyatakan pelantikan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di hadapan Tun Juhar sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu adalah tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini