MDP minta peniaga jaga kebersihan - Utusan Malaysia

MDP minta peniaga jaga kebersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 20 Mei – Majlis Daerah Pontian (MDP) meminta para peniaga menitikberatkan kebersihan semasa menjalankan perniagaan di semua bazar Ramadan di daerah ini.

Yang Dipertuanya, Kamalludin Jamal berkata, aspek kebersihan bukan sahaja amalan yang dituntut dalam Islam, malah mampu mengelakkan kes keracunan makanan terhadap pelanggan mereka.

Beliau berkata, sebanyak tujuh lokasi bazar dengan 424 tapak perniagaan ditawarkan kepada orang ramai sempena Ramadan ini iaitu 127 tapak di Stadium Mini, Taman Mawar (30), Pekan Ayer Baloi (70), Pekan Benut (40), Gerai MDP Pekan Nanas (66), Taman Utama Pekan Nanas (61) dan Pekan Permas (30).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa operasi ditetapkan mulai pukul 3 petang hingga waktu berbuka puasa dengan yang menyediakan pelbagai juadah dan minuman.

“Peraturan tidak memulakan perniagaan sebelum 3 petang hendaklah dipatuhi selain memastikan kebersihan gerai, menjaga mutu makanan yang dijual serta harga tidak membebankan pengguna,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kamalludin memberitahu, bazar Ramadan seperti di kawasan bandar dan pekan utama turut menjadi tumpuan masyarakat bukan Islam dan para pelancong yang datang ke daerah ini, khususnya pada hujung minggu.

Justeru, MDP dengan kerja­sama Pejabat Kesihatan daerah akan melakukan pemeriksaan ke atas makanan dan kebersihan gerai kerana keselamatan makanan sentiasa menjadi keutamaan semua pihak pada masa ini.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai terutamanya di bazar Ramadan di Stadium Mini supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan padang bola sepak berhampiran bagi menge­lakkannya daripada rosak.

Katanya, walaupun tiada sebarang aktiviti permainan bola sepak dianjurkan pada masa ini, tidak bermakna orang ramai bebas meletakkan kenderaan mereka di situ kerana banyak tempat di pekarangan Masjid Bandar Pon­tian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini