Bas Rapid terbabas ke dalam longkang - Utusan Malaysia

Bas Rapid terbabas ke dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 20 Mei – Seramai lima penumpang cedera selepas bas Rapid Penang terbabas ke dalam longkang besar di Jalan Permatang Manggis, di sini lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, bas berkenaan dari arah Taman Teluk Air Tawar Indah menghala ke Pekan Kepala Batas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemandu bas dikenali sebagai Paramasivan, 32, yang turut mengalami kecederaan masih tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, penumpang yang mengalami kecederaan ialah Celestine Kogilam Charles, 29; Angelin Malar Charles, 24, dan Noor Fatin Azzua, 23.

“Dua lagi penumpang iaitu Jamilah Wardior dan Nor Hasyimah Mazlan pula hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya, di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, siasatan awal mendapati bas berkenaan telah terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar tiang elektrik di bahu jalan sebelum masuk ke dalam longkang.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN