Polis tahan seorang lagi suspek kes pukul warga Britain - Utusan Malaysia

Polis tahan seorang lagi suspek kes pukul warga Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan seorang mangsa warga Britain di Jalan Penang di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan sepasukan polis dan pihak polis masih memburu beberapa lagi suspek yang disyaki turut terlibat dalam kes itu.

“Suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengenai motif sebenar kejadian pergaduhan sehingga mangsa mengalami kecederaan parah. Setakat ini, kita telah mengenal pasti dua lagi rakan suspek dan usaha memburu mereka sedang giat dijalankan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anuar berkata, mangsa kini telah sedar dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian pukul 4.10 pagi semalam, lelaki warga Britain itu cedera dan tidak sedarkan diri akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di hadapan Restoran Jaya, Jalan Penang di sini.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 38 tahun dan suspek direman hingga Khamis ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini