Asrama terbakar dihuni pelajar Maahad Al Baidha li Takwin Al Ulama - Utusan Malaysia

Asrama terbakar dihuni pelajar Maahad Al Baidha li Takwin Al Ulama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 20 Mei – Maahad Al Baidha li Takwin Al Ulama memaklumkan bahawa asrama pelajar yang musnah dalam kebakaran hari ini merupakan asrama penuntutnya yang menumpang sementara di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di sini.

Maahad itu dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Pendidikan telah memberi kebenaran menumpang sementara di premis STIAS dengan penggunaan asrama dan tempat belajar berasingan sementara menunggu bangunan mereka siap dibina.

Menurutnya, kesemua 85 pelajar lelaki yang menghuni asrama itu selamat dan tiada kemalangan dilaporkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak Maahad Al Baidha li Takwin Al Ulama telah dan sentiasa membuat pemeriksaan rutin pendawaian di semua bangunan miliknya dan memastikan semuanya dalam keadaan baik,” kata maahad itu di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, pihaknya akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan kebakaran yang memusnahkan 90 peratus blok asrama berkenaan.

Dalam kejadian pukul 1.58 pagi ini, dua bilik di asrama itu yang dihuni 85 pelajar terbakar, bagaimanapun kesemua pelajar berjaya menyelamatkan diri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini