Kejayaan BN bangunkan negara tidak diberikan penghargaan - Najib - Utusan Malaysia

Kejayaan BN bangunkan negara tidak diberikan penghargaan – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 20 Mei – Perjalanan negara sehingga ke tahap sekarang adalah sinonim dengan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) melalui kejayaan dasar transformasi nasional parti itu yang membuahkan hasil dan tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, malangnya, apa yang dilaksanakan itu dan kebaikan yang dibuat tidak diberikan penghargaan sepatutnya.

“Kempen yang bersifat terlalu menyerang peribadi, menabur fitnah dan kebencian serta janji-janji manis yang sebahagian besarnya tidak akan dapat dilaksanakan, malangnya menyebabkan kekalahan kepada UMNO dan BN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada saya, menang kalah itu adat pertandingan. Saya tidak ralat kalau kalah kerana pihak satu lagi ada agenda lebih baik daripada kita. Tetapi terasa dalam hati saya bukan soal agenda, dasar yang diadili tetapi kempen memburukkan pemimpin dan janji manis yang tidak mungkin dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat tahunan cawangan-cawangan dan pergerakan sayap-sayap UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO Bahagian Pekan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini