Minta bantuan kenal pasti identiti dua mangsa bunuh - Utusan Malaysia

Minta bantuan kenal pasti identiti dua mangsa bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 20 Mei – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengenalpasti identiti seorang lelaki dan wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di Kampung Bukit Lembu, Mukim Kedawang di Langkawi pada Rabu dan Jumaat lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim, pihaknya melakukan pemeriksaan sekitar inap desa di kawasan berkenaan bagi mengesan penghuninya yang menghilangkan diri tanpa dikesan.

“Setakat ini pihak polis belum menerima apa-apa laporan tentang orang hilang di Langkawi dan hasil pemeriksaan di inap desa sekitar kawasan mayat itu ditemukan sekiranya ada mana-mana penghuni yang hilang tanpa dikesan juga tiada maklumat berkaitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu pihak polis meminta orang ramai sekiranya ada yang kehilangan anggota keluarga atau sesiapa sahaja membuat laporan di balai polis berdekatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan pada mayat berkenaan, mangsa lelaki mempunyai tato lukisan naga pada bahagian belakangnya.

“Mangsa lelaki ditemukan dengan memakai kameja T berwarna coklat dan seluar sukan biru sementara mayat wanita pula memakai kameja T berwarna hijau,” katanya.

Akhbar melaporkan dua mayat tanpa pengenalan diri dipercayai dibunuh dalam parit di Kampung Bukit Lembu, Mukim Kedawang, di Langkawi sejak Rabu lepas.

Mayat pertama dipercayai seorang lelaki ditemukan pada pukul 1 petang, Rabu lepas sementara mayat kedua seorang wanita pada pukul 6.30 petang kelmarin.

Katanya, kedua-dua mayat tersebut ditemukan pada jarak 50 meter antara satu sama lain dan di dalam parit sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN