Jeritan jiran selamatkan penghuni rumah kedai daripada rentung - Utusan Malaysia

Jeritan jiran selamatkan penghuni rumah kedai daripada rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Tindakan pantas beberapa jiran berjaya menyelamatkan lebih 20 penghuni rumah kedai daripada rentung dalam kebakaran deretan bangunan dua tingkat itu di Pekan Pokok Sena di sini awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, seorang wanita Thailand, Mis Munah Sanibu, 47, yang menyedari kebakaran terus bertindak menjerit meminta semua penghuni keluar dari rumah.

Menurut Mis Munah, ketika kejadian dia sedang memasak untuk juadah bersahur sebelum terdengar bunyi bising seperti kayu patah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terus keluar dari rumah sebelum ternampak api sedang marak di salah sebuah unit rumah kedai.

“Dalam keadaan panik, saya menjerit rumah terbakar dan meminta semua penghuni keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Katanya, dia hanya sempat masuk ke dalam rumah untuk mengambil tudung manakala barangan berharga lain gagal diselamatkan.

“Selain rumah, kebakaran turut memusnahkan premis lain seperti kedai menjual basikal, barangan plastik, kedai insurans dan klinik pergigian,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN